suria

Kelayakan Piala AFC B-22: Bahrain Tewaskan Tajikistan 2-1

MELAKA: Bahrain beraksi cemerlang perlawanan pembukaan AFC bawah 22 apabila berjaya menundukkan Tajikistan 2-1 pada peringkat kelayakan bagi kumpulan C di Stadium Hang Tuah Melaka di sini, Sabtu.

Bahrain berjersi merah membuka jaringan pertama seawal minit ketiga perlawanan melalui tendangan kencang kaptennya, Hassan Jameel Yaseen Mohamed Abdqaheri dalam kotak penalti.

Jaringan kedua turut dijaringkan Hassan Jameel Yaseen Mohamed Abdqaheri pada masa separuh masa kedua perlawanan selepas kesilapan penjaring gol Tajikistan membuat kesilapan menampan kaki pemain pasukan lawan, Sayed Ahmed Mohamed Mohsen Ayyash dalam kotak penalti.

Tendangan penalti yang diberikan itu mengundang kontroversi apabila pengadil memberi tendangan penalti kedua kepada kapten pasukan Bahrain, Hassan Jameel Yaseen Mohamed Abdqaheri.

Tajikistan cuba bangkit merapatkan kedudukan dan berjaya menjaringkan gol pertama pasukan itu pada minit ke-70 perlawanan menerusi Sobirov Kurbonali.

Kedudukan kekal sehingga minit akhir perlawanan dengan kedudukan mata dua Bahrin dan satu Tajikistan dengan lima kad kuning dilayangkan di mana empat untuk Tajikistan dan satu Bahrain. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain