suria

Sukan Olimpik: Nadal Ketuai Barisan Kontinjen Sepanyol

Nadal bakal mengetuai barisan kontinjen Sepanyol pada Sukan Olimpik di London Julai ini.
Nadal bakal mengetuai barisan kontinjen Sepanyol pada Sukan Olimpik di London Julai ini.
Nadal bakal mengetuai barisan kontinjen Sepanyol pada Sukan Olimpik di London Julai ini.

PENYANDANG pingat emas acara tenis Sukan Olimpik, Rafael Nadal akan membawa bendera Sepanyol pada hari pembukaan Sukan Olimpik 2012 di London Julai ini.

Jawatankuasa Olimpik Negara (COE) berkata, pemain nombor dunia itu yang kini memegang rekod Terbuka Perancis tujuh kali dan memenangi 11 kali kejohanan Grand Slam bakal mengetuai negara Sepanyol.

Nadal merupakan pilihan sebulat suara oleh COE dan media tempatan berbanding dua lagi nama, Iker Martinez dan Xabi Fernandez yang masing-masing turut menyumbang pingat emas dan perak ketika beraksi di Athens dan Beijing.

Sukan Olimpik 2012 ini merupakan penyertaan ketiga Nadal yang telah menyumbang emas dalam acara beregu di Athens (2004) dan memenangi acara perseorangan di Beijing empat tahun lalu.

Manakala, pemain yang berada di ranking pertama dunia, Novak Djokovic dijangka akan membawa bendera Serbia pada majlis pembukaan 27 Julai ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain