suria

Shebby Dilantik Penasihat Global Blackburn Rovers Musim Depan

Shebby Singh
Shebby Singh
Shebby Singh

KUALA LUMPUR: Bekas pemain pertahanan negara Serbegeth Singh telah dilantik sebagai penasihat global kelab divisyen satu England, Blackburn Rovers, mulai musim depan.

Laporan akhbar 'Daily Mail' United Kingdom pada mulanya menyebut pelantikan Serbegeth, yang lebih dikenali sebagai Shebby itu adalah sebagai pengarah bolasepak kelab berkenaan.

Laporan itu menyebut salah satu tugas Shebby kelak ialah bertindak sebagai orang tengah antara pemilik kelab dan pengurus pasukan, Steven Kean.

Bagaimanapun, pemain itu pada Rabu menjelaskan bahawa beliau sebenarnya dilantik sebagai penasihat global Blackburn.

Shebby, 43, dijangka meninggalkan kerjayanya sebagai pengulas bola sepak di sebuah saluran televisyen tempatan untuk menggalas cabaran baru itu.

Shebby merupakan bekas pemain negara dan merupakan kapten pasukan Kuala Lumpur yang menjuarai Piala Malaysia sebanyak tiga kali berturut-turut dari 1987 hingga 1989.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain