suria

Euro 2012: Walcott Cergas, Rooney Berada Dalam Skuad Utama England

Hodgson (kanan) bersama Walcott ketika sesi latihan pada Isnin.
Hodgson (kanan) bersama Walcott ketika sesi latihan pada Isnin.
Hodgson (kanan) bersama Walcott ketika sesi latihan pada Isnin.

MENJELANG perlawanan terakhir peringkat Kumpulan C awal pagi Rabu ini, pemain England, Theo Walcott disahkan cergas bagi pertemuan dengan pasukan Ukraine.

Pemain sayap Arsenal itu mengalami kecederaan hamstring ketika memberi kemenangan 3-2 kepada England ketika bertemu Sweden Ahad lalu.

"Dia berada dalam keadaan baik. Kami bernasib baik kerana tidak ada kecederaan yang perlu dirisaukan," jelas pengurus pasukan, Roy Hodgson.

Walcott turut menjalani latihan bersama rakan sepasukan bagi membuktikan dia cergas untuk beraksi.

Sementara itu, Hodgson turut mengesahkan Wayne Rooney akan berada dalam senarai pemain-pemain utamannya selepas menjalani dua penggantungan perlawanan.

Hodgson juga perlu membuat keputusan untuk meletakkan Rooney bersama Andy Carroll ataupun Danny Welbeck.

"Ia menjadi agak sukar untuk membuat pilihan kerana mereka berdua telah beraksi dengan baik sebelum ini termasuk ketika perlawanan persahabatan.

"Jadi saya telah membuat keputusan bahawa Rooney disenaraikan dan bermakna keputusan telah dibuat," katanya.

Artikel Lain