suria

Laudrup Dilantik Pengurus Baru Swansea

Laudrup dilantik pengurus baru Swansea dengan kontrak selama dua tahun.
Laudrup dilantik pengurus baru Swansea dengan kontrak selama dua tahun.
Laudrup dilantik pengurus baru Swansea dengan kontrak selama dua tahun.

KELAB Swansea mengesahkan telah melantik bekas pemain antarabangsa Denmark, Michael Laudrup sebagai pengurus baru kelab tersebut.

Laudrup menggantikan tempat Brendan Rodgers yang menerima tawaran Liverpool awal bulan ini.

Bekas pengendali Brondby,Getafe, Spartak Moscow dan Real Mallora ini ditawarkan dengan kontrak selama dua tahun.

"Swansea City ingin mengesahkan pihak kelab telah melantik Michael Laudrup sebagai pengurus baru kelab.

"Kontrak telah diuruskan dengan perjanjian dua tahun," jelas satu kenyataan pada Sabtu.

Laudrup,47, telah memenangi lima trofi Liga Sepanyol bersama Barcelona dan Real Madrid pada awal 1990-an dan merupakan salah seorang pemain terbaik pada generasi itu, namun belum lagi membuktikan kehebatan dalam kerjaya sebagai pengurus.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain