Rahmat Che Hashim Terpilih Berlatih Dengan Barcelona - Sukan | mStar

Rahmat Che Hashim Terpilih Berlatih Dengan Barcelona

KUALA LUMPUR: Pemain kelahiran Pengkalan Chepa, Kelantan, Rahmat Che Hashim terpilih menyertai tiga pemain lain dari Asia Tenggara untuk berlatih di bawah bimbingan pemain legenda Barcelona Pep Guardiola di akademi belia kelab tersohor itu, La Masia.

Rahmat, 24, serta Evan Dimeas (Indonesia, pemain tengah), Napapon Sripratheep (Thailand, pemain tengah) dan Muhammad Faris Ramli (Singapura, pemain tengah) adalah antara 100 pemain dari 55 negara yang akan menjalani latihan intensif dan menyertai pertandingan bersama kelab Sepanyol itu Ogos ini.

Empat pemain Asia Tenggara itu dipilih melalui kejohanan The Chance Global Finals, yang diadakan di Jakarta, Indonesia, baru-baru ini.

"Sebelum itu, 20 belia dari empat negara di rantau ini memenuhi masa 72 jam sebagai pemain bola sepak profesional untuk beraksi dalam satu perlawanan penting di mana mereka dinilai beberapa jurulatih elit dari seluruh rantau ini," kata pengurus pemasaran Nike Southeast Asia Sanjay Gangopadhyay.

Beliau berkata The Chance bertujuan memberi peluang sekali seumur hidup kepada pemain muda bola sepak untuk mencapai cita-cita mereka dan berada di laluan ke arah menjadi pemain bola sepak profesional.

"Empat pemain muda ini kini perlu membuktikan kebolehan mereka pada perlawanan akhir global, setelah menyerlahkan kemampuan mereka di sini pada Perlawanan Akhir Rantau Asia Tenggara," katanya.

Rahmat, yang menggantikan seorang daripada lima pemain terbaik Malaysia asal untuk mewakili negara pada perlawanan akhir serantau The Chance di Jakarta, begitu terkejut dan tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya.

"Macam tak percaya kerana ini peluang kali kedua untuk saya sebab saya dipanggil apabila seorang daripada lima pemain Malaysia dipilih menjalani latihan dengan pasukan negara. Memandangkan saya antara pemain paling berusia di sini, ini adalah peluang terakhir saya," kata Rahmat.

Pada mulanya, Mohd Raphi Azizan, 16, dipilih mewakili Malaysia pada perlawanan akhir serantau itu, tetapi kebolehannya memikat hati ketua jurulatih bawah 23 tahun Ong Kim Swee, yang juga ketua hakim bagi The Chance Malaysia, dan dipanggil menyertai skuad Harimau Muda untuk sesi percubaan latihan sambil menjelajah pasukan itu ke Slovakia dan China.

The Chance, yang merupakan inisiatif Nike Inc, pereka bentuk, pemasar dan pengedar peralatan dan pakaian sukan terkemuka dunia, dilancarkan pada 2010.

Sejak itu, ia membuka laluan kepada penyertaan beribu-ribu pemain bola sepak berbakat dalam permainan di peringkat tertinggi.

Lapan pemain yang dipilih melalui The Chance tahun lepas menjalani latihan sepenuh masa di Nike Academy di Loughborough University, United Kingdom.

Tahun ini, 16 pemain terbaik, yang dipilih Nike daripada perlawanan peringkat akhir di seluruh dunia, akan menyertai latihan sambil menjelajah sebagai ganjaran bagi mereka, termasuk bermain menentang beberapa pasukan akademi bola sepak terbaik dunia seperti Manchester United, Juventus dan Pasukan Belia Kebangsaan Amerika dalam penjelajahan selama empat minggu itu.

Daripada 16 pemain dalam kumpulan ini, empat akan dipilih untuk menjalani latihan dan bermain dengan Nike Academy, yang kini dalam tahun keempat gandingannya dengan Liga Premier, yang berpusat di United Kingdom.

Ini merupakan pusingan akhir jelajah berkenaan.

Seorang pemain akan menyertai Nike Academy 2012/13 secara sepenuh masa selama tiga bulan dan bermain dengan pasukan itu untuk mempamerkan bakat mereka kepada kumpulan pemilih dan jurulatih profesional. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain