suria

Pertemuan Dengan Arbil, Antara Paling Sukar Untuk Jurulatih Kelantan

KUALA LUMPUR: Jurulatih Kelantan Bojan Hodak berkata pertemuan dengan pasukan Arbil dari Iraq pada suku akhir Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) antara yang paling sukar beliau mengendalikan musim ini.

Jurulatih dari Croatia itu berkata kebimbangan utamanya adalah jarak perjalanan ke negara itu sehingga boleh menyebabkan pemainnya mengalami keletihan.

"Arbil merupakan salah satu pasukan utama dalam saingan dan mereka memenangi perlawanan mereka dengan konsisten dan saya pasti ia satu cabaran besar bagi kami," katanya kepada pemberita selepas undian timbal balik perlawanan suku akhir di Rumah AFC di Bukit Jalil, di sini, Khamis.

"Bagaimanapun, ini adalah peluang baik untuk anak buah saya menimba pengalaman dengan menentang pasukan handal seperti Arbil," kata Hodak.

Pusingan pertama suku akhir akan diadakan di Iraq pada 18 September manakala Kelantan menjadi tuan rumah pada perlawanan timbal balik pada 25 September ini. - BERNAMA

Artikel Lain