suria

Hariff Harap Terpilih Untuk Ke Olimpik

KUALA TERENGGANU: Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Harrif Salleh masih mengharapkan namanya turut tersenarai ke Sukan Olimpik London, bulan depan. Pelumba berusia 24 tahun itu berkata dia masih mengharapkan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) memberi peluang untuknya beraksi pada temasya sukan itu bersama pelumba anak Terengganu yang sudah terpilih.

Katanya PKBM diharap menimbangkan permohonannya berdasarkan pencapaiannya pada kejohanan perlumbaan basikal Jelajah 1Malaysia 2012, 8 Mei lalu.

"Jika diberikan peluang ini, saya tidak akan mensia-siakan dan akan cuba melakukan yang terbaik," kata.

Dua pelumba negara anak Terengganu, Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustafa adalah yang terawal menempah tiket ke Sukan Olimpik London.

Selain itu, dua atlet memanah, Khairul Anuar Mohamad dan Nurul Syafiqah Hashim juga anak jati Terengganu, turut mengikut jejak dua pelumba itu.

Nama Mohd Harrif dan abangnya, Mohd Zamri turut tercalon untuk ke Olimpik bagi pelumba basikal lebuh raya. Bagaimanapun status pemilihan mereka masih belum diketahui.

Dalam perkembangan lain, Ketua Pegawai Eksekutif TSG Hadi Hassan berkata TSG akan menyertai lima siri grand prix (GP) kebangsaan tahun ini sebagai latihan menghadapi kejohanan-kejohanan peringkat Asia tahun depan.

Katanya GP kebangsaan itu ialah di Kedah, Kelantan, Sarawak, Perak dan Melaka.

Siri pertama di Kedah berlangsung Mac lalu dan diikuti Kelantan pada 23 dan 24 Jun.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain