suria

Nadal Juara Terbuka Perancis Kali Ketujuh

Nadal merakam kenangan bersama trofi kemenangan di belakang Eiffel Tower selepas menjuarai Terbuka Perancis, Isnin.
Nadal merakam kenangan bersama trofi kemenangan  di belakang Eiffel Tower selepas menjuarai Terbuka Perancis, Isnin.
Nadal merakam kenangan bersama trofi kemenangan di belakang Eiffel Tower selepas menjuarai Terbuka Perancis, Isnin.

JAGUH tenis Sepanyol Rafael Nadal melakar rekod menjuarai Terbuka Perancis buat kali ketujuh apabila mengalahkan pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic 6-4, 6-3, 2-6, 7-5 pada Isnin malam.

Pada perlawanan akhir yang terpaksa ditunda pada Isnin berikutan hujan pada Ahad, pemain nombor dua dunia itu yang beraksi pada final Grand Slam ke-16 turut memegang rekod cemerlang di Paris dengan 52 kemenangan berbanding sekali kalah.

Kemenangan itu yang diraih berikutan double-fault Djokovic, membolehkannya mengatasi rekod enam kejuaraan Terbuka Perancis dikongsi bersama Bjorn Borg.

Ini merupakan kejuaraan Grand Slam ke-11 buat pemain berusia 26 tahun itu yang ketinggalan satu kejuaraan di belakang Roy Emerson, tiga di belakang Pete Sampras dan lima di belakang rekod kemenangan 16 kejuaraan dipegang Roger Federer.

"Kejohanan ini amat istimewa dan saya menjulang trofi ini sesuatu yang tidak boleh dilupakan, ia mungkin saat paling hebat dalam karier saya," kata Nadal, yang menewaskan Djokovic dalam tempoh 49 minit.

Sementara itu Djokovic, pemenang lima kejuaraan utama, Wimbledon, Terbuka AS dan Terbuka Australia, ia penamat kepada impiannya menyamai rekod Don Budge (1938) dan Rod Laver (1962 dan 1969) dengan memegang semua empat gelaran Grand Slam pada satu masa.

Selepas penangguhan kelmarin, kedua-dua pemain yang bertemu dalam final keempat berturut-turut dalam acara Grand Slam, meneruskan perlawanan dengan Nadal mendahului 6-4, 6-3, 2-6, 1-2.

"Tahniah kepada Rafa dan pasukannya di atas satu lagi gelaran. Dia telah bermain lebih baik hari ini.

"Tetapi saya harap tahun depan saya akan kembali lagi pada kejohanan ini dan meraih kemenangan," katanya.

Artikel Lain