Chong Wei Diharap Dapat Tangani Masalah Peribadi Sebelum Ke Olimpik

KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) sedia membantu Datuk Lee Chong Wei mengatasi apa jua masalah peribadi yang dihadapinya bagi memastikan pemain nombor satu dunia itu dapat membuat persediaan secukupnya bagi menghadapi temasya Sukan Olimpik London bulan depan.

"Masalah-masalah peribadi seperti ini tidak dapat kita elakkan, saya berharap Chong Wei dapat menanganinya dengan sebaik mungkin," kata Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong ketika mengulas mengenai bapa Chong Wei, Lee Ah Chai, 59, yang dilaporkan cuba membunuh diri pada Ahad.

Menurut Zolkples, beliau ada menghantar mesej melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada Chong Wei pagi Isnin meminta supaya menggunakan kebijaksanaannya menyelesaikan masalah yang dihadapi itu.

"Saya juga menawarkan bantuan saya sekiranya diperlukan," kata Zolkples ketika ditemui pemberita pada Isnin.

"Sebagai seorang anak yang bertanggungjawab, Chong Wei mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap keluarganya," katanya.

Chong Wei dilaporkan masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan yang dialami baru-baru ini walaupun membuat persediaan bagi Sukan Olimpik. - BERNAMA

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Artikel Lain