suria

Hamilton Catat Masa Terpantas Di Kanada

Hamilton mencatat kemenangan pertama musim ini pada pusingan ketujuh di Grand Prix Kanada.
Hamilton mencatat kemenangan pertama musim ini pada pusingan ketujuh di Grand Prix Kanada.
Hamilton mencatat kemenangan pertama musim ini pada pusingan ketujuh di Grand Prix Kanada.

PEMANDU McLaren, Lewis Hamilton muncul juara Grand Prix Formula Satu (F1) Kanada Pusingan 7 selepas beberapa kali gagal menaiki podium sebagai juara pada aksi sebelum ini.

Kemenangan ini sekali gus menjadikan Hamilton tergolong dalam salah seorang pemenang berbeza pada setiap pusingan.

Hamilton berjaya mempamerkan aksi luar biasa di Litar Gilles Villeneuve dengan mencatat 1:32:29.586, diikuti tempat kedua pemandu Lotus, Romain Grosjean.

Manakala tempat ketiga pelumba Sauber, Sergio Perez berjaya mengetepikan Sebastian Vettel yang sebelum itu mendahului aksi sengit ini.

Perlumbaan pusingan kelapan, Grand Prix Eropah di Litar Valencia Street diteruskan pada 22-24 Jun ini.

Artikel Lain