suria

Euro 2012: Itali Ikat Sepanyol 1-1

Fabregas (kanan) meraikan gol penyamaan bersama Silva pada aksi menentang Itali awal pagi Isnin.
Fabregas (kanan) meraikan gol penyamaan bersama Silva pada aksi menentang Itali awal pagi Isnin.
Fabregas (kanan) meraikan gol penyamaan bersama Silva pada aksi menentang Itali awal pagi Isnin.

JUARA dunia, Sepanyol menyalahkan keadaan padang yang menyebabkan pasukannya hanya terikat seri 1-1 ketika menentang Itali bagi Kumpulan C Euro 2012, awal pagi Isnin.

"Padang terlalu kering menyebabkan tidak banyak pilihan. Jika padang lebih baik, mungkin corak permainan kedua-kedua pasukan bertambah menarik ," jelas jurulatih Sepanyol, Vicente del Bosque.

Pada aksi perlawanan itu, Itali dilihat lebih agresif menyerang kubu Sepanyol sehingga Antoni Di Natale berjaya membuka jaringan pertama perlawanan minit ke-60.

Namun penyerang Sepanyol, Cesc Fabregas menyamakan kedudukan hasil hantaran kemas David Silva pada minit ke-64.

Pemain gantian, Fernando Torres gagal menggunakan peluang untuk menambah jaringan sehingga wisel penamat dibunyikan.

Senarai pemain

Sepanyol:

Casillas, Arbeloa, Piqué, Ramos, Alba, Busquets, Alonso, Xavi; Silva, Iniesta, Fàbregas

Itali:

Buffon, Maggio, Bonucci, Chiellini, De Rossi, Motta, Pirlo, Giaccherini, Marchisio, Cassano, Balotelli

Artikel Lain