suria

Terbuka Perancis: Djokovic, Nadal Berentap Pada Aksi Akhir

Djokovic (kiri) dan Nadal bakal berentap pada aksi akhir Terbuka Perancis pada Ahad ini.
Djokovic (kiri) dan Nadal bakal berentap pada aksi akhir Terbuka Perancis pada Ahad ini.
Djokovic (kiri) dan Nadal bakal berentap pada aksi akhir Terbuka Perancis pada Ahad ini.

PEMAIN nombor satu dunia, Novak Djokovic menempah tikat ke aksi akhir Kejohanan Tenis Terbuka Perancis selepas menewaskan Roger Federer 6-4 7-5 6-3 di Roland Garros pada perlawanan separuh akhir awal pagi Sabtu.

Tewas pada set kedua, Djokovic bangkit pada set ketiga bagi memastikan jalan ke final menjadi miliknya sekali gus cuba mencatat rekod pemain lelaki pertama dalam tempoh 43 tahun mempertahanan gelaran Grand Slam keempat berturut-turut dalam masa yang sama.

Pun begitu, pemain kelahiran Serbia ini perlu menewaskan pencabar terdekat dari Sepanyol, Rafael Nadal pada aksi akhir esok (Ahad).

Nadal yang merupakan juara enam kali kejohanan ini turut melangkah kaki ke final selepas menundukkan David Ferrer 6-2 6-2 6-1.

Artikel Lain