Euro 2012: Rusia Benam Republik Czech 4-1 - Sukan | mStar

Euro 2012: Rusia Benam Republik Czech 4-1

Dzagoev menjaringkan dua gol untuk Rusia.
Dzagoev menjaringkan dua gol untuk Rusia.

PASUKAN Rusia menang bergaya dengan menundukkan Republik Czech 4-1 pada aksi kedua Kumpulan A Euro 2012 di Stadium Miejski, awal pagi Sabtu.

Pemain muda, Alan Dzagoev memberi amaran awal kepada pasukan lain dengan menjaringkan dua gol (m-15,79) diikuti Roman Shirokov (m-24) dan Roman Pavlyuchenko (82) sekali gus memberi kedudukan selesa dalam kumpulan setakat ini.

Dzagoev, 21 menjadi pemain kedua termuda menjaringkan dua gol pada aksi Kejuaraan Eropah selepas penyerang England, Wayne Rooney merembat dua gol pada umur 18 tahun, 2004.

Rusia boleh menempah tiket ke aksi suku akhir sekiranya pasukan kendalian Dick Advocaat mencatat kemenangan ke atas pasukan tuan bersama, Poland pada Selasa ini, manakala Czech perlu menewaskan Greece sekiranya ingin berada di tempat kedua Kum A.

Sementara itu gol saguhati Czech diperolehi melalui Vaclav Pilar pada minit ke-52 perlawanan.

Senarai pemain

Rusia:

Vlacheslav Malafeyev, Alexander Anyukov, Alexei Berezutsky, Sergei Ignashevich, Yuri Zhirkov, Roman Shirokov, Igor Denisov, Konstantin Zyryanov, Alan Dzagoyev, Alexander Kerzhakov, Andrei Arshavin

Republik Czech:

Petr Cech, Theodor Gebre Selassie, Roman Hubnik, Tomas Sivok, Michal Kadlec, Jaroslav Plasil, Petr Jiracek, Vaclav Pilar, Tomas Rosicky, Jan Rezek, Milan Baros

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jadual Perlawanan Euro 2012, Sabtu

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain