suria

Kejohanan Karate Senior Kebangsaan Ke-32 Cungkil Bakat Baru

KUALA LUMPUR: Seramai 200 peserta dari seluruh negara akan menyertai Kejohanan Karate Senior Kebangsaan ke-32 anjuran Persekutuan Karate Malaysia (Makaf) di presint 11, Pusat Komuniti Putrajaya Sabtu ini.

Pengerusi pengelola kejohanan tersebut P. Arivalagan berkata sehingga kini sebanyak tiga pasukan negeri iaitu Selangor, Kedah dan Negeri Sembilan telah bersetuju untuk menghantar pasukan penuh ke kejohanan dua hari itu.

"Objektif utama kejohanan itu adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru sukan karete untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi," katanya, Khamis.

Beliau yang pernah melatih skuad karate kebangsaan berkata kejohanan ini juga merupakan medan utama bagi pemilihan atlet yang berkelayakan untuk menyertai skuad kebangsaan.

"Saya harap atlet muda dari negeri mengguna dengan sebaik mungkin pelung ini kerana kejohanan ini adalah peluang terbaik untuk mereka yang bercita-cita ingin menyertai skuad karate negara," katanya.-BERNAMA

Artikel Lain