suria

Man United Ikat Kagawa

Shinji Kagawa
Shinji Kagawa
Shinji Kagawa

KELAB Manchester United mengesahkan persetujuan untuk mendapatkan pemain Borrussia Dortmund, Shinji Kagawa.

Pemain antarabangsa Jepun berusia 23 tahun itu dilaporkan bernilai £14 juta (RM69 juta) dan akan menyertai kelab sebaik sahaja menjalani ujian kesihatan dan urusan permit.

"Manchester United dengan sukacita mengumumkan persetujuan di antara Borrussia Dortmund dan Shinji Kagawa bagi urusan perpindahan.

"Kini hanya menunggu laporan kesihatan dan permit kerja. Semua urusan ini dijangka selesai penghujung Jun ini," jelas satu kenyataan kelab.

Artikel Lain