suria

Hazard Secara Rasmi Milik Chelsea

Hazard menayangkan jersi Chelsea yang akan dipakai musim baru nanti.
Hazard menayangkan jersi Chelsea yang akan dipakai musim baru nanti.
Hazard menayangkan jersi Chelsea yang akan dipakai musim baru nanti.

EDEN Hazard secara rasminya menyarung jersi Chelsea selepas menjalani ujian kesihatan untuk ke Stamford Bridge.

Hazrad mengumumkan akan berpindah ke Chelsea di laman Twitternya minggu lalu dan kini dia secara rasminya bersama kelab yang menjuarai Liga Juara-Juara serta pemegang trofi Piala FA Inggeris.

Bagaimanapun nilai sebenar yuran perpindahan tidak didedahkan, namun pihak media melaporkan anggaran bernilai £32 juta (RM157.4 juta).

Bekas pemain Liga 1 Perancis ini juga turut meluahkan penghargaan kepada pemain Liverpool Joe Cole yang telah meyakinkan dirinya untuk memilih pasukan Chelsea.

"Saya telah bercakap dengan Cole dan dia memberitahu bahawa Chelsea adalah pasukan paling sesuai bagi saya.

"Sebagai seseorang yang turut sayangkan kelab itu, Cole ingin melihat saya memakai jersi ini.

"Apa yang dikatakan oleh Cole adalah betul dan saya akan memberitahu perkara itu jika terjumpa dengannya selepas ini," jelas Hazard.

Bekas penyerang Lille berusia 21 tahun ini akan mula menyertai skuad The Blues pada sesi pra-latihan bulan depan.

Sepanjang bersama Lille musim lalu, dia telah menjaringkan 20 gol termasuk melakukan hatrik pada perlawanan terakhir yang membantu mengekalkan kedudukan ketiga liga.

"Ia dianggap mimpi menjadi kenyataan. Saya mahu beraksi sebanyak mungkin untuk pasukan dan menjaringkan gol serta akan cuba memenangi hati semua penyokong Chelsea," tambahnya.

Artikel Lain