Lorenzo dinobatkan selaku juara kategori MotoGP di Litar Catalunya.PELUMBA Yamaha Factory Racing, Jorge Lorenzo mencatatkan kemenangan pada perlumbaan Grand Prix Dunia (MotoGP) di Litar Catalunya sekali gus mengetepikan rakan senegara, Dani Pedrosa yang menamatkan saingan di tempat kedua.Pelumba kelahiran Australia, Casey Stoner sekadar menduduki tempat keempat. Lorenzo dari Sepanyol sering bertukar kedudukan selaku pendahulu di litar dengan pencabar terdekatnya, Pedrosa yang mengalami masalah enjin pada saat akhir.Andrea Dovizioso pula menaiki podium untuk menduduki tempat ketiga.Valentino Rossi yang masih berusaha untuk menemui rentak bersama Ducati mempamerkan tunggangan terbaik apabila menamatkan saingan di tempat kedua, ketinggalan di belakang Alvaro Bautista.Keputusan Grand Prix Catalunya:(Kategori MotoGP)1. Jorge Lorenzo, 43:07.681 saat2. Dani Pedrosa, +05.003 saat3. Andrea Dovizioso, +09.361 saat4. Casey Stoner, +09.544 saat5. Cal Crutchlow, +12.506 saat6. Alvaro Bautista, +13.948 saat7. Valentino Rossi, +17.555 saat8. Stefan Bradl, +23.478 saat9. Nicky Hayden, +30.410 saat10. Ben Spies, +32.897 saat