Lambert Sah Jadi Pengurus Keempat Aston Villa - Sukan | mStar

Lambert Sah Jadi Pengurus Keempat Aston Villa

Paul Lambert
Paul Lambert

ASTON Villa mengesahkan bekas pengurus Norwich City, Paul Lambert telah dilantik sebagai pengurus baru kelab itu.

Lambert yang telah meletak jawatan di Norwich pada Khamis lalu mengakui bahawa Villa telah membuat tawaran rasmi untuk mendapatkan khidmatnya.

Walaupun peletakan jawatan itu tidak dipersetujui oleh Norwich, namun pengurus dari Scotland itu telah bersetuju untuk berpindah ke West Midland.

"Lembaga pengarah kelab Aston Villa bersetuju melantik Paul Lambert sebagai pengurus baru Villa," jelas satu kenyataan di laman web kelab.

Turut dilaporkan Villa telah membayar pampasan sebanyak £1m (RM5 juta) bagi memastikan Lambert bergelar pengurus sekali gus menjadikan dia sebagai pengendali keempat kelab ini dalam tempoh dua tahun.

Selain mengurus kelab Norwich dari tahun 2009-2012, Lambert juga pernah mengendalikan pasukan Colchester United (2008-09), Wycombe Wanderers (2006-08) dan Livingstom (2005-06).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lorenzo Kuasai Litar Catalunya

Lebih Artikel

'Pendaki Bikini' ditemui mati kesejukan