suria

Euro 2012: Kelly Ganti Cahill Dalam Skuad England

Cahill (tengah) bertembung dengan penjaga gol, Hart selepas dia ditolak pemain Belgium, Dries Mertens (kiri), Sabtu lalu.
Cahill (tengah) bertembung dengan penjaga gol, Hart selepas dia ditolak pemain Belgium, Dries Mertens (kiri), Sabtu lalu.
Cahill (tengah) bertembung dengan penjaga gol, Hart selepas dia ditolak pemain Belgium, Dries Mertens (kiri), Sabtu lalu.

BOS England, Roy Hodgson terus pening kepala selepas seorang lagi pemainnya, Gary Cahill terpaksa diketepikan pada saingan Euro 2012 kerana mengalami kecederaan di bahagian rahang.

Cahill mengalami kecederaan itu selepas bertembung dengan penjaga gol, Joe Hart ketika aksi England menang 1-0 ke atas Belgium pada perlawanan persahabatan, Sabtu lalu.

Ketiadaan Cahill dalam skuad utama The Three Lions ini akan digantikan oleh pemain Liverpool, Martin Kelly .

Kejadian ini bertambah sukar buat pasukan England berikutan sebelum ini dua pemainnya, Gareth Barry dan Frank Lampard turut terkeluar daripada skuad kerana kecederaan.

"Gary terpaksa dikeluarka daripada skuad kerana mengalami kecederaan ketika beraksi menentang Belgium.

"Pemain pertahanan Chelsea itu mengalami keretakan dua bahagian di rahang dan doktor akan meneruskan rawatan ke atas Cahill.

"Martin Kelly, pemain pertahanan Liverpool akan menggantikan posisi Cahill selepas mendapat persetujuan daripada pihak perubatan Kesatuan Bolan Sepak Eropah (UEFA).

"Kelly telah menjalani latihan bersama skuad sejak minggu lalu dan merupakan sebahagian pemain yang turut berkunjung ke Norway sebelum ini," jelas satu kenyataan Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA).

Artikel Lain