suria

Lorenzo Kuasai Litar Catalunya

Lorenzo dinobatkan selaku juara kategori MotoGP di Litar Catalunya.
Lorenzo dinobatkan selaku juara kategori MotoGP di Litar Catalunya.
Lorenzo dinobatkan selaku juara kategori MotoGP di Litar Catalunya.

PELUMBA Yamaha Factory Racing, Jorge Lorenzo mencatatkan kemenangan pada perlumbaan Grand Prix Dunia (MotoGP) di Litar Catalunya sekali gus mengetepikan rakan senegara, Dani Pedrosa yang menamatkan saingan di tempat kedua.

Pelumba kelahiran Australia, Casey Stoner sekadar menduduki tempat keempat.

Lorenzo dari Sepanyol sering bertukar kedudukan selaku pendahulu di litar dengan pencabar terdekatnya, Pedrosa yang mengalami masalah enjin pada saat akhir.

Andrea Dovizioso pula menaiki podium untuk menduduki tempat ketiga.

Valentino Rossi yang masih berusaha untuk menemui rentak bersama Ducati mempamerkan tunggangan terbaik apabila menamatkan saingan di tempat kedua, ketinggalan di belakang Alvaro Bautista.

Keputusan Grand Prix Catalunya:

(Kategori MotoGP)

1. Jorge Lorenzo, 43:07.681 saat

2. Dani Pedrosa, +05.003 saat

3. Andrea Dovizioso, +09.361 saat

4. Casey Stoner, +09.544 saat

5. Cal Crutchlow, +12.506 saat

6. Alvaro Bautista, +13.948 saat

7. Valentino Rossi, +17.555 saat

8. Stefan Bradl, +23.478 saat

9. Nicky Hayden, +30.410 saat

10. Ben Spies, +32.897 saat

Artikel Lain