suria

Fenerbahce Ikat Kontrak Bersama Kuyt

Kuyt meninggalkan Liverpool selepas enam tahun bersama kelab itu.
Kuyt meninggalkan Liverpool selepas enam tahun bersama kelab itu.
Kuyt meninggalkan Liverpool selepas enam tahun bersama kelab itu.

FENERBAHCE berjaya mendapatkan khidmat penyerang Liverpool, Dirk Kuyt selamat tiga tahun.

Liverpool masih belum mengesahkan pemergian pemain berusia 31 tahun itu tetapi Fenerbahce mengumumkan perpindahan tersebut dalam laman Twitter kelab itu.

Kuyt meninggalkan Anfield selepas enam tahun menyarung jersi The Reds.

Walaupun berhijrah dari Feyenoord dengan nilai perpindahan sebanyak 9 juta pound pada 2006, Kuyt memainkan peranan besar bersama Liverpool, menjaringkan 51 gol daripada 208 penampilannya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Ketika musim 2011-2012, dia menjaringkan dua gol dalam 22 saingan EPL di mana Liverpool menamatkan saingan di tempat kelapan di bawah bimbingan Kenny Dalglish yang digantikan oleh Brendan Rodgers.

Bagaimanapun, Kuyt menjulang trofi Piala Carling, kemenangan pertamanya bersama kelab.

Kuyt melakukan 85 penampilan bersama Belanda dan akan terus mewakili negaranya pada final Euro 2012 yang akan bermula minggu depan.

Artikel Lain