Terengganu Azam Lahir Jaguh Sukan Permotoran - Sukan | mStar

Terengganu Azam Lahir Jaguh Sukan Permotoran

KUALA TERENGGANU: Selepas kejayaan melahirkan atlet berbasikal bertaraf dunia, kerajaan Terengganu kini berhasrat menggilap bintang dalam sukan permotoran melalui beberapa program yang akan dijalankan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, perkara itu tidak mustahil untuk dicapai memandangkan ramai remaja Terengganu dilihat cenderung ke arah bidang tersebut.

"Kita harap melalui program yang akan kita rancang nanti akan lahirlah jaguh dalam perlumbaan motosikal untuk negara pada masa depan," katanya pada sidang media sempena Program Evolusi Remaja (Evolusi R), di sini Jumaat.

Untuk itu juga katanya, kerajaan negeri berusaha membawa beberapa bekas pelumba motosikal negara ke Terengganu dalam program sehari esok itu, untuk didekati remaja yang yang berminat dalam bidang sukan tersebut.

Langkah itu juga diharap dapat menangani isu remaja berpeleseran menjadi 'jaguh kampung' dengan terbabit dalam aksi lumba haram, katanya.

"Nak jadi pelumba, perkara penting sekali ialah mendisiplinkan diri, bekerja keras, mengikut undang-undang dan lain-lain lagi, barulah boleh berjaya," katanya.

Beliau berkata, Program Evolusi R bertujuan menghimpunkan 'mat motor' di negeri ini bagi didedahkan dengan kesedaran menjadi penunggang motosikal yang berdisiplin.

Turut diadakan ialah aktiviti kemasyarakatan di sekitar Dataran Shahbandar selain aktiviti kebajikan dan persembahan konsert oleh beberapa artis tanah air. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain