FAM Akan Pinda Statut Perlembagaan FAM - Hamidin - Sukan | mStar

FAM Akan Pinda Statut Perlembagaan FAM - Hamidin

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)memutuskan untuk meminda dan memperkemaskan semua statut badan induk berkenaan pada Mesyuarat Kongres FAM Kelapan di Kuala Lumpur pada 7 Julai depan.

Naib Presidennya Datuk Hamidin Mohd Amin berkata perkara itu dipersetujui oleh anggota Exco FAM pada Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (Exco) kelima di sini, Khamis.

Artikel 88, yang mencetuskan kontroversi, juga akan diperkemaskan setelah disaran oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada Mesyuarat Kongres FIFA di Hungary baru-baru ini, katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Exco itu di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Mesyuarat itu dipengerusikan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah selaku Presiden FAM dan turut dihadiri Naib Presiden Datuk Affendi Hamzah dan Setiausaha Agung Datuk Azzuddin Ahmad.

Artikel 88 peraturan 201-10-2014 FAM menyebut bahawa hanya Presiden dan Setiausaha Agung yang boleh membuat kenyataan. Sekiranya ada di kalangan mereka yang di bawah naungan FAM ingin membuat kenyataan, merea perlu mendapatkan izin kongres terlebih dahulu.

Hamidin berkata beberapa cadangan mengenai pindaan itu akan dibincangkan dan diluluskan pada mesyuarat kongres akan datang.

Mengenai pengadil Shokri Nor, yang didakwa mengatur perlawanan antara Lions XII menentang Sarawak di Stadium Jalan Besar, Singapura, Hamidin berkata pihaknya telah menerima laporan daripada pihak berkuasa Singapura dan siasatan sedang dilakukan. "Semuanya di dalam siasatan. Sampai masa nanti, kita akan maklumkan," katanya.

Sementara itu, FAM juga akan mengemukakan cadangan penambahan dua anggota wanita dalam Jawatankuasa Eksekutifnya seperti diarahkan FIFA pada mesyuarat kongres itu.

Hamidin berkata FAM juga bersetuju untuk menambahkan subsidi kepada tiga persatuan tetap FAM iaitu Persatuan Bolasepak Melayu, Cina dan India sebanyak RM100,000 setahun berbanding RM50,000 sebelum ini.

"FAM juga memutuskan untuk menyumbangkan satu peratus hasil penjualan tiket pada setiap perlawanan Liga Super dan Liga Perdana kepada badan kebajikan terpilih," katanya.

Sebelum ini, hasil penjualan tiket daripada perlawanan Piala Sumbangsih yang disumbangkan kepada badan kebajikan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain