suria

Torres Jaring Gol Pertama Sepanyol

Torres melakukan jaringan awal perlawanan persahabatan antarabangsa di antara Sepanyol dan Korea Selatan, awal pagi Khamis.

JUARA dunia, Sepanyol memulakan aksi pemanas badan sebelum bermulanya Euro 2012 dengan menewaskan Korea Selatan, 4-1 pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Switzerland awal pagi Khamis.

Penyerang Chelsea, Fernando Torres melakukan tandukan cantik sekaligus memberi gol pertama kepada pasukan kendalian Vicente Del Bosque pada minit ke-12 permainan.

Namun kedudukan satu gol di depan lawan tidak bertahan lama selepas pemain tengah Korea Selatan, Kim Do-Heon melakukan sepakan cantik di luar kotak penalti sebelum babak pertama tamat.

Bagaimanapun, pemain-pemain Sepanyol menambah gol kedua melalui sepakan penalti yang disempurnakan oleh kapten pasukan, Xabi Alonso selepas bola terkena tangan pemain Korea Selatan di kawasan kotak penalti.

Santi Cazorla dan Alvaro Negredo mengukuhkan keputusan penuh pasukan Sepanyol dengan menjaringkan satu gol setiap seorang.

Artikel Lain