suria

Rodgers Berminat Tawaran Jawatan Pengurus Di Liverpool

Brendan Rodgers
Brendan Rodgers
Brendan Rodgers

KELAB Swansea mengakui Brendan Rodgers telah memberitahu bahawa dia mahu meninggalkan kelab untuk menerima jawatan sebagai pengurus baru di Liverpool.

Pengurus berusia 39 tahun itu pada mulanya menolak tawaran oleh Fenway Sports Group (FSG) kerana melihat ramai calon yang ditawarkan jawatan itu sebelum ini.

Namun selepas FSG gagal menerima persetujuan pengurus Wigan, Roberto Martinez, tawaran tersebut telah dibuat kepada Rodgers.

Sejurus penolakan itu, FSG terus mengadakan perbincangan dengan pengerusi Swansea, Huw Jenkins pada Selasa bersama Rodgers.

Menurut Jenkin dalam kenyataan yang dikeluarkan: "Saya telah dihubungi oleh Liverpool dan mereka teruja untuk bercakap dengan Brendan mengenai jawatan kosong di kelab itu.

"Saya juga telah berbincang dengan Brendan mengenai perkara ini dan dia bersetuju untuk bercakap lebih lanjut dengan pihak Liverpool.

"Berdasarkan perbincangan dengan pemilik Liverpool, Brendan telah memberitahu dia berminat untuk menerima jawatan di Liverpool.

"Setakat ini kami sedang meneliti perkara berkaitan bayaran. Kami harap akan mendapat keputusan akhir dalam tempoh 24 jam akan datang."