FAM Akan Pinda Statut Perlembagaan FAM - Hamidin - Sukan | mStar

FAM Akan Pinda Statut Perlembagaan FAM - Hamidin

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)memutuskan untuk meminda dan memperkemaskan semua statut badan induk berkenaan pada Mesyuarat Kongres FAM Kelapan di Kuala Lumpur pada 7 Julai depan.

Naib Presidennya Datuk Hamidin Mohd Amin berkata perkara itu dipersetujui oleh anggota Exco FAM pada Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (Exco) kelima di sini, Khamis.

Artikel 88, yang mencetuskan kontroversi, juga akan diperkemaskan setelah disaran oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada Mesyuarat Kongres FIFA di Hungary baru-baru ini, katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Exco itu di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Mesyuarat itu dipengerusikan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah selaku Presiden FAM dan turut dihadiri Naib Presiden Datuk Affendi Hamzah dan Setiausaha Agung Datuk Azzuddin Ahmad.

Artikel 88 peraturan 201-10-2014 FAM menyebut bahawa hanya Presiden dan Setiausaha Agung yang boleh membuat kenyataan. Sekiranya ada di kalangan mereka yang di bawah naungan FAM ingin membuat kenyataan, merea perlu mendapatkan izin kongres terlebih dahulu.

Hamidin berkata beberapa cadangan mengenai pindaan itu akan dibincangkan dan diluluskan pada mesyuarat kongres akan datang.

Mengenai pengadil Shokri Nor, yang didakwa mengatur perlawanan antara Lions XII menentang Sarawak di Stadium Jalan Besar, Singapura, Hamidin berkata pihaknya telah menerima laporan daripada pihak berkuasa Singapura dan siasatan sedang dilakukan. "Semuanya di dalam siasatan. Sampai masa nanti, kita akan maklumkan," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.