suria

Euro 2012: Skuad Rusia

JURULATIH Rusia, Dick Advocaat mengejutkan semua pihak dengan menamakan pemain pertahanan CSKA Moscow yang belum pernah mewakili negaranya, Kirill Nababkin dalam skuad ke Euro 2012.

Pemain bek kanan berusia 25 tahun itu pada mulanya tidak tersenarai dalam skuad awal Rusia untuk kejohanan ini tetapi namanya kemudian tersenarai selepas Rusia kehilangan dua pemain pertahanan veteran akibat kecederaan iaitu Vasily Berezutsky dan Roman Shishkin.

"Kita menyenaraikan Nababkin kerana secara tiba-tiba kita berhadapan dengan krisis pertahanan, " kata Advocaat.

Rusia akan berhadapan dengan hos bersama, Poland, juara 2004 Greece dan Republik Czech dalam Kumpulan A.

Dalam kejohanan Euro 2008, Rusia berjaya sampai ke peringkat separuh akhir.

BERIKUT ADALAH SENARAI PENUH SKUAD RUSIA:

GOL: Igor Akinfeyev (CSKA Moscow), Vyacheslav Malafeyev (Zenit St Petersburg), Anton Shunin (Dynamo Moscow).

PERTAHANAN: Alexander Anyukov (Zenit St Petersburg), Alexei Berezutsky (CSKA Moscow), Sergei Ignashevich (CSKA Moscow), Roman Sharonov (Rubin Kazan), Vladimir Granat (Dynamo Moscow), Kirill Nababkin (CSKA Moscow).

TENGAH: Igor Denisov (Zenit St Petersburg), Roman Shirokov (Zenit St Petersburg), Konstantin Zyryanov (Zenit St Petersburg), Yuri Zhirkov (Anzhi Makhachkala), Alan Dzagoyev (CSKA Moscow), Igor Semshov (Dynamo Moscow), Denis Glushakov (Lokomotiv Moscow), Marat Izmailov (Sporting Lisbon), Dmitri Kombarov (Spartak Moscow).

PENYERANG: Andrei Arshavin (Arsenal), Alexander Kerzhakov (Zenit St Petersburg), Roman Pavlyuchenko (Lokomotiv Moscow), Alexander Kokorin (Dynamo Moscow), Pavel Pogrebnyak (Fulham).

Artikel Lain