suria

Euro 2012: Skuad Itali Penuh Kontroversi

PEMAIN pertahanan Juventus, Leonardo Bonucci telah disenaraikan dalam skuad terakhir Itali ke Euro 2012 walaupun namanya dikaitkan dengan skandal menjual perlawanan ketika masih bermain bersama Bari dahulu.

Sebaliknya Itali telah menguggurkan pemain pertahanan Zenit St Petersburg, Domenico Criscito selepas dia secara rasmi disoal siasat from oleh polis berhubung skandal yang sama.

Dua lagi pemain ternama yang turut digugurkan ialah pemain pertahanan Inter, Andrea Ranocchia dan penyerang Siena, Mattia Destro.

Pengurus Itali, Cesare Prandelli, bagaimanapun menamakan penyerang veteran Udinese, Antonio Di Natale, 34, di dalam skuadnya.

Walaupun sudah berusia 34 tahun tetapi Di Natale muncul sebagai penjaring terbanyak liga musim ini.

Sejak Prandelli mengambil alih skuad kebangsaan inilah pertama kali pemain itu dipanggil untuk menyarung jersi Itali.

Penyerang Milan, Antonio Cassano turut terpilih walaupun baru pulih dari pembedahan jantung. Cassano adalah penjaring gol terbanyak Itali di peringkat kelayakan dengan menjaringkan enam gol.

Dan penyerang kontroversi Manchester City, tak lain dan tak bukan Mario Balotelli turut disenaraikan.

Itali diundi bersama Sepanyol, Croatia dan Ireland dalam Kumpulan C.

BERIKUT ADALAH SENARAI PENUH SKUAD ITALI:

GOL: Gianluigi Buffon (Juventus), Morgan De Sanctis (Napoli), Salvatore Sirigu (Paris St-Germain).

PERTAHANAN: Ignazio Abate (Milan), Federico Balzaretti (Palermo), Andrea Barzagli (Juventus), Leonardo Bonucci (Juventus), Giorgio Chiellini (Juventus), Christian Maggio (Napoli), Angelo Ogbonna (Torino).

TENGAH: Daniele De Rossi (Roma), Alessandro Diamanti (Bologna), Emanuele Giaccherini (Juventus), Claudio Marchisio (Juventus), Riccardo Montolivo (Fiorentina), Thiago Motta (Paris St Germain), Antonio Nocerino (Milan), Andrea Pirlo (Juventus).

PENYERANG: Mario Balotelli (Manchester City), Fabio Borini (Roma), Antonio Cassano (Milan), Antonio Di Natale (Udinese), Sebastian Giovinco (Parma).

Artikel Lain