suria

Terbuka Perancis: Venus Bekerja Keras Untuk Menang

Venus (kanan) bersalam dengan Ormaechea selepas menang aksi pertama Kejohanan Tenis Terbuka Perancis, awal pagi Isnin.

BIARPUN dibelenggu masalah kesihatan, pemain Amerika Syarikat, Venus William berjaya mara ke pusingan kedua Kejohanan Tenis Terbuka Perancis dengan menewaskan pemain dari Argentina, Paula Ormaechea pada aksi awal pagi Isnin.

Juara tujuh kali grand slam ini kembali menyertai jelajah pada Mac lalu selepas mengalami penyakit Sindrom Sjogren dilihat terpaksa bekerja keras sebelum meraih kemenangan 4-6 6-1 6-3 ke atas Ormaechea.

"Perspektif saya setiap minggu berubah. Saya hanya mahu lakukan yang terbaik.

"Banyak perkara yang perlu dilihat. Ia melibatkan fizikal dan emosi dan perkara berbeza yang melibatkan mental.

"Jadi ia hanya satu kejayaan yang hanya kamu boleh dapat jika kamu terus hidup. Dan dengan itu sesekali saya perlu belajar untuk ketawa," katanya.

Bekas pemain nombor satu dunia itu akan bertemu pemain dari Poland, Agnieszka Radwanska pada aksi kedua kejohanan ini.

Artikel Berikut

Artikel Lain