suria

Guardiola Sedia Ubah Fikiran Jika Dilamar Chelsea

Guordiola terus dikaitkan dengan The Blues.
Guordiola terus dikaitkan dengan The Blues.
Guordiola terus dikaitkan dengan The Blues.

BEKAS jurulatih Barcelona, Pep Guardiola dilaporkan bersedia pertimbangkan semula hasrat awal untuk berehat seketika daripada bola sepak sekiranya Chelsea benar-benar berhasrat mahu melamarnya musim depan.

Guardiola yang menjadi sasaran utama pemilik kelab, Roman Abramovich, dilaporkan mahu jutawan Rusia itu memujuknya secara peribadi untuk berhijrah ke Stamford Bridge.

“Jika Abramovich datang memujuk saya, mungkin saya akan mengubah fikiran. Saya tidak pasti ia tidak akan berlaku dalam tempoh terdekat kerana saya benar-benar mahu berehat.

“Jika mereka benar-benar mahukan saya, saya pasti bersedia,” katanya.

Sebelum ini laporan timbul mengenai Abramovich sedia menawarkan kontrak lumayan kepada Guardiola kerana beliau begitu kagum dengan kredibiliti jurulatih berusia 41 tahun itu sejak sekian lama.

Meskipun gagal mempertahankan trofi Liga Sepanyol musim ini, Guardiola berjaya menghadiahkan trofi Piala Raja Sepanyol kepada The Catalan selepas menewaskan Atletico Madrid 3-0 awal pagi Ahad.

Selepas kecewa dengan keputusan Guardiola yang mahu berehat seketika sebelum ini, Abramovich dikatakan akan menawarkan kontrak secara tetap kepada pengurus sementara The Blues, Roberto Di Matteo.

Pengurus kelahiran Itali itu telah berjaya membantu Chelsea merangkul trofi Piala FA dan Liga Juara-Juara musim ini sebaik menggantikan Andre Villas-Boas yang dipecat Mac lepas.

Sekiranya isu perpindahan Guardiola menjadi kenyataan, pastinya ia satu tampatan hebat buat Di Matteo yang telah banyak memainkan peranan penting dalam mencipta kejayaan skuad Chelsea musim ini.

Artikel Berikut

Artikel Lain