suria

Pemain Skuasy Riau Berlatih Di Terengganu

KUALA TERENGGANU: Persatuan Skuasy Terengganu (PST) dan Persatuan Skuasy Riau (PSR), Indonesia, mengadakan kerjasama dalam latihan bagi meningkatkan prestasi atlet masing-masing.

Timbalan Presiden PST, Ahmad Ammedza Arshad berkata untuk itu PSR telah menghantar seramai 10 pemain termasuk empat wanita untuk mengikuti latihan bersama PST sejak 21 Mei lalu.

"Ini adalah sebagai sebagai persediaan pemain PSR menghadapi Kejohanan Pekan Olahraga Nasional (PON) pada September depan," katanya kepada Bernama di sini, Sabtu.

Ahmad Ammedza, yang juga jurulatih Terengganu, berkata pemain PSR akan berada di sini sehingga 30 Ogos ini dan akan menjalani latihan bersama pemain Terengganu dalam tempoh tersebut.

Beliau berkata Terengganu telah menjadi pilihan PSR sebagai gelanggang latihan memandangkan kemudahan dan suasananya yang begitu selesa, selain terdapat ramai ramai pemain berbakat di negeri itu.

Katanya pemain PSR juga telah diundang menyertaikejohanan sirkit siri pertama Instituti Pengajian Tinggi (IPT) 2012 anjuran bersama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Kementerian Pengajian Tinggi sebagai pendedahan.

"Mereka mengucapkan terima kasih kepada UMT dan juga kerajaan negeri Terengganu kerana memberi kemudahan dan layanan yang begitu baik kepada mereka," katanya.

Presiden PSR Adizar M.Nur, yang mewakili Gabenor Riau, telah berkunjung ke Terengganu semalam untuk melihat latihan pemain berkenaan di samping meninjau peluang pelaburan di negeri ini.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain