suria

Euro 2012: Gerrard Dilantik Sebagai Kapten England

Hodgson (kiri) berbincang dengan Gerrard pada seisi latihan pasukan England di Stadium Etihad.
Hodgson (kiri) berbincang dengan Gerrard pada seisi latihan pasukan England di Stadium Etihad.
Hodgson (kiri) berbincang dengan Gerrard pada seisi latihan pasukan England di Stadium Etihad.

STEVEN Gerrard bakal mengetuai skuad England pada Euro 2012 selepas gagal menarik perhatian pengurus sementara, Stuart Pearce sebelum ini.

"Saya kecewa tidak menjadi kapten ketika perlawanan persahabatan bertemu Belanda sebelum ini. Pearce memberitahu bahawa saya tidak akan menjadi kapten.

"Dan saya menjawab 'okay' tetapi sebenarnya saya sedih. Ia bukan mudah apabila diberitahu kamu tidak akan menjadi kapten. Dia memberitahu, tugas itu akan diberikan kepada Scott Parker (Tottenham Hotspur).

"Parker merupakan pemain hebat dan telah melaksanakan tugas dengan baik, jadi saya menerima keadaan itu dengan baik serta turut mengucapkan tahniah kepadanya.

"Dalam masa itu, saya selalu terpikir bahawa Pearce akan menjadi pengurus tetap sekali gus saya tidak akan menjadi kapten lagi.

"Sebab itulah saya menganggap ia satu perasaan gembira selepas menerima panggilan Roy Hodgson (pengurus)," katanya.

Gerrard yang juga merupakan kapten Liverpool teruja untuk dengan gelaran ini dan tidak menganggap ia sebagai bebanan.

"Saya seorang pemain berpengalaman, saya telah lama mengidamkan saat ini, dan dapat rasakan bahawa saya sudah bersedia memikul tugas ini," katanya.

Sebelum ini tugas kapten lebih tertumpu kepada Rio Ferdinand (Man United) dan John Terry (Chelsea).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain