suria

Ragbi: 24 Pemain Terpilih Sarung Jersi Negara

Pasukan kebangsaan (kuning) beraksi pada perlawanan persahabatan bertemu RSC bagi persediaan Kejohanan 5 Negara Asia HSBC minggu depan.
Pasukan kebangsaan (kuning) beraksi pada perlawanan persahabatan bertemu RSC bagi persediaan Kejohanan 5 Negara Asia HSBC minggu depan.
Pasukan kebangsaan (kuning) beraksi pada perlawanan persahabatan bertemu RSC bagi persediaan Kejohanan 5 Negara Asia HSBC minggu depan.

PETALING JAYA: Ketua jurulatih ragbi negara, Boon Hoon Chee yakin tempoh lima hari menjelang Kejohanan HSBC Lima Negara Asia di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dari 30 Mei hingga 2 Jun ini akan digunakan sebaik-baik untuk membaiki beberapa kelemahan yang ada dalam pasukan kendaliannya.

Menurut Hoon Chee, dia akan menggunakan tempoh yang singkat ini bagi memantapkan lagi skuad terakhir 24 pemain yang baru dipilih pagi Jumaat.

“Saya akan lebih menumpukan kepada aspek kerjasama dan semangat berpasukan kerana pemain-pemain yang terpilih ini baru digabungkan.

"Dan tempoh ini juga saya hanya akan menumpukan latihan ringan dan santai kerana kita kesuntukan masa untuk melakukan latihan berat,” katanya kepada mStar Online.

Pemilihan terakhir 24 pemain ini dilakukan selepas mereka menjalani sesi pemilihan terakhir dengan beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang pasukan Pilihan Kelab Diraja Selangor (RSC) pada Rabu (semalam).

Perlawanan itu merupakan perlawanan pertama skuad ragbi negara sejak menjalani latihan pusat sejak 14 Mei lalu.

Daripada 35 pemain yang terlibat di dalam sesi pemilihan, hanya 24 pemain yang dipilih, termasuk 3 pemain import dari Fiji iaitu Kini Rasasolosolo, Timoci Nacocola dan Viliame Veto, dan Boon Chee berpendapat semua pemain telah diberikan peluang sama rata untuk memikat panel kejurulatihan.

Selain Malaysia, Divisyen dua turut dianggotai China, Iran dan Thailand manakala Divisyen tiga dianggotai Guam, Indonesia, India dan Pakistan.

Skuad negara akan bertemu China pada 31 Mei ini (4.30 petang).

Perlawanan 15 sebelah ini menggunakan format kalah mati, dan juara setiap divisyen akan bermain secara play-off dan pemenang akan layak ke Divisyen 1.

SENARAI PEMAIN:

1 Mohd Syahir Asyraf Bin Rosli (Kapten)

2 Mohd Khuzaidi Bin Abdullah 3 Amadis Chong Yuen Jun

4 Azman Bin Osman Player

5 Badrul Bin Musa@muktee

6 Dineswaran A/l Krishnan

7 Helbarth Jemlit

8 Khairul Nizar Bin Shamsudin

9 Kini Rosolosolo

10 Megat Zubaidi Bin Buang

11 Mohamad Amin Bin Jamaludin

12 Mohamad Nazeer Bin Mohamed Nesharah

13 Mohd Farid Syazwan Bin Abu Bakar

14 Mohd Hafizh Bin Zainal

15 Mohd Zulkifli Bin Azmi

16 Mohd Nizard Bin Mohd Noor

17 Mohd Razif Bin Zainol Abidin

18 Mohd Shafiq Marican Bin Ariffin

19 Muhammad Fazrin Bin Noor Zaid

20 Nathaneal Tan Aik Ming

21 Ras Suhael Nur Rahim Bin Razbi

22 Ras Hurairah Bin Razbi

23 Timoci Nacocula

24 Veliameveto Tuinivanua

Artikel Lain