suria

West Ham Utd Lepaskan 4 Pemain Utama

Julien Faubert (kiri) tidak akan bermain untuk West Ham dalam Liga Perdana Inggeris. Foto GETTY IMAGES.
Julien Faubert (kiri) tidak akan bermain untuk West Ham dalam Liga Perdana Inggeris. Foto GETTY IMAGES.
Julien Faubert (kiri) tidak akan bermain untuk West Ham dalam Liga Perdana Inggeris. Foto GETTY IMAGES.

WEST HAM UNITED - kelab yang baru dinaikkan ke Liga Perdana Inggeris selepas semusim bermain dalam Liga Kejuaraan (Divisyen Satu Inggeris) mengumumkan bahawa mereka telah melepaskan empat pemain utama iaitu Julien Faubert, John Carew, Abdoulaye Faye dan Papa Bouba Diop.

Keempat-empat pemain itu telah tamat kontrak hujung musim ini dan kontrak mereka tidak akan diperbaharui.

Faubert bermain dalam perlawanan terakhirnya daripada keseluruhan 121 perlawanan ketika menentang Blackpool Sabtu lalu yang menyaksikan mereka kembali ke liga perdana.

Bekas pemain sayap Perancis yang berusia 28 tahun itu dibeli dari kelab Bordeaux pada 2007 oleh bekas pengurus Alan Curbishley pada harga £6 juta.

Carew pula sekadar menjaringkan dua gol dalam 21 perlawanan musim ini selepas menyertai West Ham dari Aston Villa di awal musim.

Pemain pertahanan Faye dan pemain tengah Diop menyertai West Ham untuk kontrak jangka pendek iaitu selama semusim sahaja.

Penjaga gol kebangsaan, Robert Green kini telah tamat kontrak dengan West Ham tetapi kelab itu berharap penjaga gol mereka itu akan terus kekal dalam rundingan kontrak baru nanti.

Pemilik West Ham, David Gold berkata, mereka berharap Green akan memilih untuk terus kekal memandangkan kelab itu berjaya kembali ke liga perdana musim depan.

Artikel Lain