suria

Jawatan Pegurus Tetap Chelsea: RDM Tolak Tawaran Jangka Pendek

Kedudukan Di Matteo di Chelsea masih samar.
Kedudukan Di Matteo di Chelsea masih samar.
Kedudukan Di Matteo di Chelsea masih samar.

ROBERTO DI MATTEO memutuskan tidak akan menerima sebarang tawaran jawatan jangka pendek (kontrak setahun) melainkan kontrak tiga tahun untuk membimbing Chelsea.

Di Matteo diberi tugas sebagai pengurus sementara selepas kelab berkenaan memecat Andre Villas Boas pada Mac lalu tidak sampai setahun mengambilalih jawatan pengurus dari Carlo Anchelotti.

Akhbar The Sun UK melaporkan, pada masa yang sama, Jose Bosingwa dan Salomon Kalou - dua pemain yang diturunkan dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Ahad lalu juga akan turut mengikuti jejak langkah yang sama.

The Sun melaporkan yang Di Matteo tidak selesa dengan cakap-cakap yang dia akan ditawarkan kontrak lanjutan selama 12 bulan sahaja oleh pemilik Chelsea, Roman Abramovich dan jawatan itu sekali lagi akan dikaji menjelang musim panas akan datang.

But Di Matteo, 41, percaya yang dia telah melakukan yang terbaik dengan memenangi dua piala dalam tempoh dua bulan iaitu Piala FA dan Piala Eropah (Liga Juara-Juara) apatah lagi tidak ada mana-mana pengurus Chelsea yang pernah memenangi kejohanan paling berprestij di benua Eropah sebelum ini termasuklah Jose Mourinho dan Carlo Ancholetti.

Di Matteo, yang kini mendapat perhatian kelab-kelab ternama yang lain turut dikaitkan dengan jawatan pengurus Aston Villa yang masih kosong.

Ketua Pegawai Eksekutif Chelsea, Ron Gourlay berkata: “Ya kami sedar yang Robbie boleh pergi ke lain-lain kelab pada masa ini tetapi pada masa yang sama dia juga menyedari bahawa apabila kami membuka pintu rundingan untuk jawatan tetap itu, dia akan menjadi orang pertama yang akan kami temubual."

Mengikut jadual, para pemain diwajibkan mendaftar diri untuk musim baru pada 4 Julai depan.

"Jadi secara idealnya ialah menjelang tarikh itu kami mahu Chelsea sudah pun mempunyai pengurus tetap," kata Gourlay lagi.

Boleh dikatakan kesemua pemain kanan dan lama Chelsea telah pun menyatakan hasrat mereka secara terbuka mahukan Di Matteo dilantik sebagai pengurus tetap.

Tetapi Gourlay menegaskan, hanya pemilik dan ahli lembaga pengarah kelab yang akan menentukan apakah yang terbaik untuk masa depan kelab itu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain