suria

Gareth Bale Ditawar Gaji £70,000 Seminggu

Gareth Bale. Foto REUTERS
Gareth Bale. Foto REUTERS
Gareth Bale. Foto REUTERS

PEMAIN SAYAP Spurs, Gareth Bale telah ditawarkan gaji mingguan sebanyak £70,000 untuk membuatnya terus kekal di kelab tersebut.

Pengerusi Spurs, Daniel Levy telah membuat tawaran itu Selasa lalu.

Spurs terpaksa membuat tawaran baru dengan segera kepadanya kerana Barcelona dan juga Real Madrid turut menyatakan minat untuk mendapatkan tanda tangan pemain Wales tersebut.

Gareth, 22, masih terikat dengan kontrak sehingga ke tahun 2015 tetapi tawaran gaji lumayan akan mengendurkan sebarang godaan untuk berhijrah ke kelab lain.

Spurs, Gareth Bale, Daniel Levy

Artikel Sebelum

Artikel Lain