suria

Barton Digantung 12 Perlawanan

Barton (tiga dari kanan) sengaja menjatuhkan Aguero pada aksi terkahir Liga Perdana Inggeris baru-baru ini.

PEMAIN tengah Queens Park Rangers (QPR), Joey Barton digantung 12 perlawanan selepas menjalani lapan penggantungan oleh Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA).

Barton didapati bersalah selepas melakukan kekasaran kepada dua pemain Manchester City ketika aksi Liga Perdana Inggeri (EPL) yang menyaksikan pasukannya tewas 3-2.

Dia juga turut dikenakan denda sebanyak £75,000 (RM 369.670).

Barton menerima denda kerana melakukan kekasaran kepada penyerang Man City, Sergio Aguero, namun menafikan kelakuan ke atas Vincent Kompany.

"Barton dikeluarkan pasa minit ke-54 selepas melibatkan dua insiden ke atas pemain Man City.

"Barton menerima hukuman yang melibatkan Aguero tetapi menafikan tindakannya kepada Kompany.

"Bagaimanapun, Suruhanjaya Peraturan mempunyai bukti tindakan itu," jelas satu kenyataan.

Barton,29, memohon maaf kepada pemain dan penyokong.

"Tidak dapat melakukan apa-apa tetapi saya memohon maaf kepada pemain dan semua penyokong kelab. Masih tidak dapat menerima hakikat dihantar keluar padang," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain