suria

Selamat Tinggal Chelsea: Drogba

Drogba menjulang trofi terakhir bersama Chelsea sebelum meninggalkan kelab itu pada Jun ini.
Drogba menjulang trofi terakhir bersama Chelsea sebelum meninggalkan kelab itu pada Jun ini.
Drogba menjulang trofi terakhir bersama Chelsea sebelum meninggalkan kelab itu pada Jun ini.

PENYERANG Chelsea, Didier Drogba mengesahkan akan meninggalkan kelab itu selepas tiga hari menjulang trofi Liga Juara-Juara (CL) Sabtu lalu.

Pemain antarabangsa Ivory Coast itu tiba di Stamford Bridge lapan tahun lalu dan turut membantu meraih gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL), empat gelaran Piala FA, dan dua Piala Liga serta terbaru, trofi CL.

Drogba menjadi tumpuan selepas menjaringkan gol penyamaan ketika final menentang Bayern Munich Sabtu lalu sehingga mengheret perlawanan hingga masa tambahan dan sepakan penalti.

Kontrak pemain berusia 34 tahun itu akan berakhir pada Jun ini dan dalam masa sama khabar angin menyatakan dia akan berpindah ke Kelab China, Shanghai Shenhua dengan tawaran lumayan.

Ketua Eksekutif Chelsea, Ron Gourlay memberitahu di laman web rasmin kelab: "Tidak boleh dipertikaikan lagi bahawa Didier merupakan lagenda kelab dan akan terus menjadi sebahagian daripada keluarga Chelsea.

"Dia sesungguhnya akan meninggalkan kelab dengan kedudukan terbaik, namun dia merasakan inilah masa yang paling sesuai untuk menerima cabaran baru.

"Sudah tentu jasanya memang banyak, lebih-lebih lagi membantu kelab meraih kejayaan kebelakangan ini.

"Dia mempunyai kemahiran profesional sepanjang kariernya dan turut menjadi inspirasi kepada pemain-pemain muda.

"Kami sedar perkara ini sudah timbul sebelum ini, namun Didier telah membuat keputusan dua hari lalu kerana sudah pasti dia atau kelab tidak mahu mengganggu persiapan final CL.

"Perbincangan lebih kepada tali persahabatan dan kami berharap dia akan lebih berjaya pada masa akan datang.

"Yang pasti, dia sentiasa dialu-alukan kembali ke Stamford Bridge sama ada sebagai pemain atau pun tetamu."

Bekas pemain Marseille ini menyarung jersi Chelsea pada tahun 2004, dan telah menjaringkan sembilan gol dalam pelbagai aksi final The Blues.

"Saya mahu menamatkan segala spekulasi ini dan mengesahkan saya akan meninggalkan Chelsea.

"Ia satu keputusan yang sukar untuk dibuat, namun saya bangga dengan segala kejayaan yang telah dicapai.

"Inilah masa yang sesuai untuk saya berdepan dengan cabaran baru.

"Saya mahu mengambil peluang ini mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terutama sekali kepada pemilik kelab, Roman Abramovic, rakan sepasukan yang menjadi kawan baik serta pihak pengurusan.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penyokong-penyokong Chelsea yang telah memberi sokongan kepada saya selama ini.

"Saya mendoakan kelab akan meneruskan kejayaan ini di masa akan datang - kamu sentiasa di dalam hati saya," jelas Drogba.

Artikel Sebelum

Artikel Lain