suria

Nasib Di Matteo, Drogba Dan Torres Belum Pasti Di Chelsea

Roberto Di Matteo
Roberto Di Matteo
Roberto Di Matteo

TIGA nama besar dalam pasukan Chelsea masih belum pasti masa depannya di Stamford Bridge musim depan apabila kelab enggan membincangkan nasib mereka setakat ini.

Pengurus sementara, Roberto Di Matteo dan dua penyerangnya, Didier Drogba serta Fernando Torres kini bergantung nasib kepada pemilik kelab, Roman Abramovich berkenaan nasib mereka di London.

Ketua Eksekutif, Ron Gourlay memberi penjelasan bahawa pihak kelab menunggu kontrak Di Matteo tamat hujung Jun ini sebelum memutuskan sama ada dia kekal atau sebaliknya walaupun telah berjaya menjulang Piala FA Inggeris dan trofi Liga Juara-Juara (CL) musim ini.

Gourlay memberitahu kepada TV Chelsea: " Saya tahu peminat-peminat melihat Robbie. Kami akan melihat secara keseluruhan musim ini, apa yang berlaku kepada kami, kesilapan yang terjadi serta cara kebangkitan mereka untuk berada di landasan yang betul.

"Perbincangan dengan Didier telah berlangsung sebelum ini dan ia tetap sama. Dia telah jelaskan bahawa dia sayangkan Chelsea dan semua yang perkara yang telah dikecapinya bersama kelab ini.

"Torres datang dan kami sentiasa berada di sisinya, serta turut memainkan peranan penting bagi kejayaan CL.

"Saya terkejut jika Torres tidak mahu berada di padang, sebaliknya pemain-pemain lain mahu," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain