suria

Ole Gunnar Calon Utama Pengurus Aston Villa

Ole Gunnar Solskjaer dilihat sebagai calon utama Pengurus Pasukan Aston Villa. Foto IHSAN THE SUN UK
 Ole Gunnar Solskjaer dilihat sebagai calon utama Pengurus Pasukan Aston Villa. Foto IHSAN THE SUN UK
Ole Gunnar Solskjaer dilihat sebagai calon utama Pengurus Pasukan Aston Villa. Foto IHSAN THE SUN UK

OLE Gunnar Solskjaer masih lagi menjadi calon utama untuk menjadi pengurus pasukan Aston Villa selepas beliau mengadakan perbicangan dengan Midlands pada Jumaat.

Bekas penyerang Manchester United yang kini pengurus pasukan Norway Molde telah diterbangkan dengan menaiki jet persendirian Lerner dan menghabiskan kira-kira empat jam bersama pemilik kelab dan ketua eksekutif kelab, Aston Villa, Pauk Faulkner.

Sumber melaporkan Solskjaer amat berminat dengan tawaran tersebut namun Villa tidak tergesa-desa dalam memilih nama yang telah disenarai pendek oleh mereka. Lerner juga mempunyai beberapa hari lagi untuk mempertimbangkan siapa yang akan dipilihnya.

Turut disenaraikan adalah pengurus Swansea, Brendan Rodgers, pengurus Norwich, Paul Lambert dan pengurus Wiga Roberto Martinez yang dikatakan berpeluang untuk menggantikan Alex McLeish yang dipecat minggu lalu.

Villa turut menegaskan pihaknya akan bertemu dan bercakap mengenai tawaran mereka dengan semua calon yang disenarai pendek.

Solskjaer, 39 bagaimanapun enggan mendedahkan butiran perbincangan yang dijalankan.

"Tidak ada rundingan kami hanya berbual kosong. Saya tahu Villa sebagai sebuah pasukan yang dihormati kerana ia merupakan kelab berada di Liga Perdana," katanya yang dipetik daripada The Sun UK.

Solskjaer menjaringkan gol bagi United ketika memenangi Kejohanan Piala Euro 1999 dan memenangi gelaran pertama bagi pasukan bola sepak Norway, Molde dalam tempoh 100 tahun pada musim pertamanya.

Bukan itu sahaja, Solskjaer turut membuktikan kemampuannya apabila dia berjaya menempatkan pasukan tersebut ke Liga Perdana

Pada Jumaat, jurucakap Villa berkata "Disebabkan kami menghormati semua calon dan kami tidak akan berbincang secara khusus mengenai nama-nama yang tersenarai."

Artikel Lain