suria

Michael Owen Sahkan Kontraknya Bersama United Tidak Disambung Lagi

Michael Owen
Michael Owen
Michael Owen

MICHAEL OWEN mengesahkan bahawa dia akan meninggalkan Manchester United apabila kontraknya tamat bulan depan.

Bekas penyerang England, Liverpool, Real Madrid dan Newcastle yang berusia 32 tahun itu hanya sekadar mampu bermain 52 kali sepanjang tiga musim bersama United sejak menyertai kelab itu pada Julai 2009.

Ini kerana dia sentiasa dibelenggu kecederaan lutut dan otot yang juga merupakan masalah lama.

Musim ini Owen yang bermain empat kali sahaja bersama United.

Owen turut mengesahkan bahawa Pengurus United, Sir Alex Ferguson telah memaklumkan kepadanya yang dia tidak termasuk dalam pelan perancangan musim depan.

Keputusan itu disampaikan kepadanya oleh Ferguson sendiri.

"Sir Alex sendiri telah memaklumkan kepada saya selepas perlawanan testimonial pada Selasa lalu yang saya tidak akan ditawarkan kontrak baru musim depan.

"Ini bermakna tempoh perkhidmatan saya bersama United telah berakhir sebaik sahaja kontrak lama saya tamat hujung bulan depan tetapi saya ingin menegaskan bahawa saya sangat menghargai setiap mini masa saya sepanjang tiga musim saya berada di sini," kata Owen.

Owen bagaimanapun menegaskan bahawa dia belum berhasrat untuk mengantung but pada masa ini.

"Saya hanya bercadang untuk mengambil cuti dan menghabiskan masa bersama keluarga saya buat sementara waktu. Selepas itu saya akan mencari kelab baru bagi meneruskan kerjaya bolasepak saya," ujarnya.

Menurut Owen, dia baru sahaja berusia 32 tahun dan masih boleh bermain untuk tempoh dua atau tiga musim lagi.

Apatah lagi katanya jika dibandingkan dengan Paul Scholes dan Ryan Giggs, dirinya tidaklah begitu tua untuk terus bermain berbanding kedua-dua rakannya itu yang masih terus beraksi selama 90 minit pada usia 38 dan 39 tahun.

Artikel Lain