suria

Khairulnizam Sertai Kejohanan Di Eropah Menjelang Olimpik 2012

LANGKAWI: Pelayar elit negara, Khairulnizam Mohd Afendy akan menyertai dua kejohanan di Eropah sebagai persediaan menghadapi Sukan Olimpik 2012 di London Julai ini.

Pengurus Besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA), Mohd Afendy Abdullah berkata, kejohanan itu ialah Sail For Gold di Weymouth, London dari 4 hingga 9 Jun dan kejohanan Kieler Woicher Word Cop Keil di Jerman dari 11 hingga 17 Jun.

"Kedua-dua kejohanan ini akan memberi pendedahan berguna untuk memantapkan persiapan Khairul Nizam sebelum bertandang ke London," katanya kepada Bernama di sini Jumaat.

Menurutnya Khairulnizam, 18, dipilih mewakili Malaysia berikutan kejayaan cemerlang beliau dalam beberapa kejohanan kebelakangan ini. - BERNAMA

Artikel Lain