suria

Rio Ferdinand Patah Hati Tidak Terpilih Wakili England

RIO FERDINAND, 33, mengakui bahawa beliau berada patah hati dengan keputusan Pengurus England, Roy Hodgson tidak menamakannya dalam skuad penuh pasukan kebangsaan ke kejohanan Euro 2012 di Poland and Ukraine.

Pemain pertahanan Manchester United itu juga tidak menyangka yang namanya akan terkeluar dan langsung tidak disenaraikan sebagai pemain simpanan.

Sebaliknya Hodgson memutuskan untuk memilih pasangan Chelsea, John Terry dan Gary Cahill serta pemain Manchester City, Joleon Lescott dan rakan sepasukan Ferdinand, Phil Jones sebagai pilihan utama.

Ferdinand pertama kali bermain untuk skuad kebangsaan dalam perlawanan menentang Cameroon pada tahun 1997.

Sejak itu beliau telah mewakiki England sebanyak 81 kali.

Artikel Lain