suria

Liverpool Akhirnya Memecat King Kenny

LIVERPOOL malam tadi telah memecat Pengurus Kenny Dalglish — genap sebulan selepas para pemilik kelab itu menegaskan bahawa mereka meletakkan kepercayaan penuh ke atas kepimpinannya.

Kini pemilik kelab itu, John W Henry akan terbang dari Boston Amerika Syarikat ke Liverpool untuk mula mencari penganti Dalglish dengan segera.

Para pemerhati dan pengulas sukan dengan segera meletakkan Pengurus Swansea, Brendan Rodgers sebagai calon popular untuk mengisi tempat Dalglish.

Selain beliau, Pengurus Wigan, Roberto Martinez, Pengurus Newcastle, Alan Pardew dan bekas Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas turut disebut-sebut sebagai calon yang disenarai pendekkan.

Malah ada yang mendesak agar Rafa Benitez dibawa kembali ke Liverpool.

Dalglish menerima padah apabila Liverpool gagal menempatkan diri di kalangan empat kelab teratas dalam Liga Perdana Inggeris sekaligus gagal melayakkan diri dalam kejohanan Liga Juara-Juara.

Di sebalik kemenangannya dalam Piala Carling iaitu piala yang pertama dalam tempoh enam tahun untuk Liverpool, ia masih belum memadai untuk menyelamatkan kedudukan Dalglish.

Dalam reaksi segera Dalglish menyatakan rasa kecewanya tetapi menegaskan cara dia ditamatkan perkhidmatan telah dilakukan dengan penuh tanggungjawab dan penghormatan.

Artikel Lain