suria

Euro 2012: Ferdinand Tidak Tersenarai

Ferdinand kemungkinan besar tidak terpilih untuk aksi Euro 2012 Jun ini.
Ferdinand kemungkinan besar tidak terpilih untuk aksi Euro 2012 Jun ini.
Ferdinand kemungkinan besar tidak terpilih untuk aksi Euro 2012 Jun ini.

PEMAIN pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand tidak tersenarai dalam skuad England dalam persediaan mengharungi Euro 2012 Jun ini.

Pengurus baru England, Roy Hodgson telah memberitahu Ferdinand pada Selasa bahawa dia tidak akan ke Poland-Ukraine musim panas ini.

Namun Ferdinand tidak memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut, tetapi dia yakin keputusan Hodgson itu ada kaitan dengan masalah kesakitan di bahagian belakangnya.

Kali terakhir Ferdinand, 33, menyarung jersi England kali terakhir ketika aksi kelayakan Euro menentang Switzerland pada Jun 2011.

Euro 2012 akan berlangsung di Ukraine-Poland bermula 8 Jun dan England diundi dalam kumpulan D bersama Ukraine, Sweden serta Perancis.

Artikel Lain