suria

Skuad Hoki Remaja Bakal Terima Imbuhan: Ahmad Shabery

Sultan Azlan Shah (tengah) bergambar bersama pasukan hoki Malaysia selepas majlis penyampaikan hadiah juara pertandingan hoki kelayakan Remaja Asia ke-7, Ahad.
Sultan Azlan Shah (tengah) bergambar bersama pasukan hoki Malaysia selepas majlis penyampaikan hadiah juara pertandingan hoki kelayakan Remaja Asia ke-7, Ahad.
Sultan Azlan Shah (tengah) bergambar bersama pasukan hoki Malaysia selepas majlis penyampaikan hadiah juara pertandingan hoki kelayakan Remaja Asia ke-7, Ahad.

PUTRAJAYA: Skuad hoki remaja negara yang muncul juara pada Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia semalam bakal menerima imbuhan, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata kementeriannya akan berbincang dengan Majlis Sukan Negara bagi menentukan bentuk imbuhan yang akan diberi kepada pemain terbabit.

"Tetapi itu tidak bermakna perjuangan mereka sudah selesai setakat itu (kejuaraan Asia) sahaja," katanya kepada pemberita, di sini Isnin.

Semalam, skuad hoki remaja mengakhiri penantian hampir 25 tahun negara untuk bergelar juara Asia selepas menundukkan Pakistan 2-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium MBMB di Bukit Serindit, Melaka.

Ditanya sama ada wujud cadangan untuk menghantar skuad itu menjalani latihan di luar negara seperti pasukan bola sepak Harimau Muda, Ahmad Shabery berkata perkara tersebut akan dibincangkan dengan persatuan hoki.

"Ada negara yang saya rasa skuad hoki remaja kita boleh mendapat latihan terbaik seperti di Belanda yang mempunyai liga hoki dianggap terbaik di dunia namun perkara itu memerlukan perundingan seterusnya," katanya.

Beliau berkata kejohanan remaja itu merupakan antara pendedahan besar kepada pemain yang diharapkan dapat menyumbang kepada pembangunan sukan hoki negara.

"Diharapkan pemain akan dapat memberikan kejayaan lebih cemerlang misalnya di dalam Piala Dunia dan Olimpik pada masa yang akan datang," katanya.

Ahmad Shabery sebelum itu menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara kementerian, Eurointernational, Akademi Kemahiran Belia Motorsports dan Comma Motorsport.

Menerusi perjanjian itu pasukan Eurouinternational akan menempatkan dua penuntut dan seorang tenaga pengajar dari Akademi Kemahiran Belia Negara Motorsport sebagai sebahagian kru pasukan yang akan menyokong cabaran jaguh sukan permotoran negara Muhammad Nabil Jan Al-Jeffri.-BERNAMA

Artikel Lain