suria

Saya Tidak Terlalu Berharap: Di Matteo

Roberto Di Matteo
Roberto Di Matteo
Roberto Di Matteo

PENGURUS sementara Chelsea, Roberto Di Matteo tidak terkilan jika tidak dilantik sebagai pengurus tetap sekiranya dia berjaya membawa balik trofi Liga Juara-Juara (CL) minggu depan.

Di Matteo menjelaskan dia tidak berharap pemilik kelab, Roman Abramovich akan melantiknya menjadi pengurus tetap selepas turut menang ke atas Blackburn 2-1 pada aksi terakhir Ahad.

"Kami mengharungi sembilan minggu yang tegang bersama-sama, dan ia sangat hebat. Kami juga akan cuba yang terbaik minggu depan (final CL menentang Bayern Munich).

"Ia sangat emosi kerana saya merasakan bertanggungjawab ke atas kelab ini kerana saya pernah bermain di sini dan menjadi sebahagian daripada mereka serta ia hari yang paling menarik," katanya.

Artikel Lain