suria

Perak Juara Bola Sepak Piala Belia 2012

SINTOK: Perak muncul juara Piala Belia 2012 Bawah 19 tahun setelah menang tipis 1-0 kepada Perlis pada perlawanan akhir Piala Belia yang berlangsung di Stadium Mini, Kompleks Sukan Universiti Utara Malaysia pada Ahad.

Perak menjadi pasukan pertama menjulang Piala Belia setelah kejohanan itu dipertandingkan semula tahun ini dan kali terakhir dipertandingkan pada 2008.

Pasukan itu berjaya membuka jaringan pada minit ke-29 menerusi Mohd Hafiz Ramdan yang merembat kencang bola ke gawang Perlis setelah berlaku pergelutan di kawasan gol.

Selaku johan, Perak membawa pulang piala pusingan, medal dan wang tunai RM20,000, naib johan Perlis menerima RM10,000 dan medal, manakala Kelantan serta Kedah yang masing-masing berada di tempat ketiga dan keempat pula memperoleh RM5,000 dan RM3,000. - BERNAMA

Artikel Lain