Hoki Remaja: Ahmad Shabery Minta Pemain Hoki Negara Tumpu Perhatian Hingga Wisel Penamat

KUALA LUMPUR: Tumpukan perhatian untuk mencipta kemenangan hingga wisel penamat berbunyi, demikian nasihat Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek kepada pemain hoki remaja Malaysia.

Beliau berkata kemenangan skuad hoki remaja negara yang akan berdepan dengan Pakistan pada perlawanan akhir Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia di Stadium Hoki Bukit Serindit, Melaka esok akan memberi harapan baru kepada sukan hoki negara.

"Kita mintalah pemain remaja kita untuk sentiasa fokus dan kekalkan momentum cemerlang supaya apa diterapkan semasa latihan dipraktikkan semasa perlawanan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Mini Karnival Rekreasi Universiti Malaya di sini, Sabtu.

Malaysia menempah tiket ke perlawanan akhir selepas menumpaskan juara bertahan India 2-0 pada perlawanan separuh akhir Khamis lepas. Sebelum itu, Malaysia menjuarai Kumpulan A dalam saingan peringkat kumpulan tanpa rekod kalah.

Pakistan pula melangkah ke akhir selepas membelasah Korea Selatan 6-1 pada peringkat separuh akhir.

Kesemua pasukan yang layak ke separuh akhir kejohanan di Malaysia itu berjaya menempah tiket ke pusingan akhir Kejohanan Piala Remaja Dunia di New Delhi, India tahun depan.

Ahmad Shabery berkata pemain remaja yang diserap dalam skuad senior kelak perlu mengekalkan pretasi, disiplin dan memberi komitmen yang tinggi.

"Dalam proses menjadi lebih senior, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian seperti kekuatan otot dan tubuh badan, stamina yang tinggi dan kemahiran, dan semua ini hanya dapat dicapai melalui pemakanan yang baik serta rajin ke gimnasium untuk membina otot-otot tertentu," katanya.

Terdahulu, Ahmad Shabery dan pegawai-pegawai kementerian mengikuti sesi aerobik, aktiviti berbasikal fixie bersama 140 warga kampus sekitar Universiti Malaya, diikuti dengan perlawanan bola jaring dan futsal lelaki.

Beliau juga berinteraksi bersama pelajar melalu sesi santai dan soal-jawab di mana warga kampus berkesempatan beramah mesra serta berkongsi pengalaman, idea, pendapat dan maklumat terkini berkenaan sukan dan kementerian.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Malaya Profesor Datuk Rohana Yusof berkata penganjuran mini karnival itu dapat membantu warga kampus itu menerapkan gaya hidup sihat melalui sukan serta menyahut saranan program hijau untuk mengurangkan karbon monoksida. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain